PERUBAHAN PADA ORDERING FORM

Berikutan daripada info yang kerap tertinggal oleh customer atau info yang tidak menepati keperluan kami, kami terpaksa kembali kepada customer samada melalui email atau sms untuk bertanyakan tentang info-info yang  tidak lengkap ini. Ini melambatkan proses order. Maka kami mengambil inisiatif dengan melakukan perubahan menyeluruh pada Ordering Form:

MAJOR CHANGES (Untuk pembahagian tugasan printing di lokasi terpilih; JB or KL)

Sebelum mengisi Ordering Form, customer akan ditanya terlebih dahulu berkenaan:

  1. Location
  2. Delivery Method

Kemudian, form yang bersesuaian dengan keperluan customer tersebut akan terbuka.

MINOR CHANGES (Untuk kami kumpul maklumat customer selengkap mungkin)

  1. Pada setiap field yang hendak diisi terdapat info bagaimana untuk mengisi field tersebut.
  2. Setiap ruang/field diwajibkan untuk diisi.
  3. Penggunaan bahasa yang lebih mudah difahami (akan kami update secara berperingkat)
  4. Perubahan daripada “Expected date to receive” kepada “Expected Date to Post” untuk mengelakkan masalah yang timbul selepas pos.
  5. Tambahan field, samada mockup diperlukan atau tidak.
  6. Tambahan ordering template pada form; Custom Template. Untuk  pengguna yang mempunyai artwork mereka sendiri.
  7. Interface form yang baru.

Anda boleh melihat sendiri perubahan tersebut di: https://www.edibleprint.com.my/order/

PERTAMBAHAN MENU “TRACKING”

Page ini untuk memudahkan lagi pengguna untuk track record postage mereka. Setiap order yang telah dipos, akan kami catatkan tracking no di sini untuk memudahkan pengguna menjejaki status pos mereka.

Sila rujuk di sini: https://www.edibleprint.com.my/tracking/

RUSH ORDER CHARGES

Berikutan daripada polisi yang terlalu longgar, kami menghadapi beberapa kesulitan pada masa lepas. Demi kebaikan kedua-dua pihak, Edibleprint telah membuat keputusan untuk mewujudkan “Rush Order Charges” untuk setiap order yang dibuat terlalu lewat.

Sila rujuk di sini: https://www.edibleprint.com.my/our-icing-sheet/prices/