Seperti yang telah dinyatakan di dalam Ordering Form, bagi gambar yang terlalu banyak, anda hendaklah “zip”kan terlebih dahulu fail-fail tersebut sebelum upload di dalam form kami.
Important!! Gambar yang terlalu banyak atau terlalu besar, kami menggalakkan anda untuk menghantar fail-fail gambar tersebut secara berasingan. Anda tidak perlu attach fail-fail tersebut semasa mengisi form. Hanya teruskan order anda sehingga selesai dan kemudian tuliskan email kepada kami bersama-sama attachment gambar-gambar tersebut.
Video tutorial kali ini, kami ingin menunjukkan bagaimana untuk “zip” kan fail-fail yang hendak diupload ke dlm Ordering Form.
Berita baik untuk semua. Kebiasaan, semua icing sheet yang dicetak, tidak berpotong. Para bakers dan end user perlu memotong sendiri setiap pcs yg ada di dalam sheet yg dibeli. Ya, mungkin tidak terasa jika perlu memotong 24pcs sahaja. Betul? Bagaimana pula jika terdapat 1500pcs yg perlu dipotong setiap satu? Adeh!! Pasti mengambil masa yang lama, mencungap dan keras setiap jari bila selesai memotong..hehehe
Jadi, kami di Edibleprint telah mengambil inisiatif untuk memberikan anda perkhidmatan memotong pada harga yg berpatutan!!! Hanya RM1 untuk setiap sheet!! (Mahal sgt ke?… Kami terpaksa akui kerana kerja memotong masih dilakukan secara manual. Bezanya, potongan yg kami lakukan adalah sekemas potongan yg biasa kita lihat pada icing sheet ready-made di kedai2 bakery)
Anda tidak diwajibkan untuk membayar servis ini, tetapi pilihan di tangan anda sekiranya berminat – kami ada menyediakan pilihannya di dalam Ordering Form. Hanya pilih samada Ya atau Tidak
Buat masa ini, servis memotong setiap pcs ini hanya sah di Kuala Lumpur sahaja dan hanya untuk size 2 inch (ep20r1) dan 1.6 inch (ep16r1).
Bake-and-Deco dah upgrade module untuk kelas Basic Fondant Cake! Sebagai kek topper, selain dari flower2 kecil. Bake-and-Deco akan ajar juga untuk buat little girl figurine. Really Fun
Ini module baru untuk Basic Fondant Cake
Category: Intermediate
Time: 10.30am – 4pm (until finished)
Fees: RM250 seorang
Peralatan perlu dibawa: Pen, Apron & kitchen towel
Makan Tengahari disediakan
Min 2 orang peserta & Max 4 orang peserta
Anda akan pelajari:-
- mengenali fondant & gumpaste
- membuat dan mewarna homemade fondant
- mengenali, membuat dan mewarna royal icing
- mengenali peralatan asas untuk membuat deko fondant dan gumpaste
- menyalut kek dengan fondant
- membuat pelbagai bunga kecil, butterfly & ribbon
- mempelajari teknik crimping, drapes, frill, effect & emboss
- membuat figurine little girl
- mendeko sebiji kek fondant dengan semua teknik yang dipelajari
- semua pelajar akan bawa pulang kek yang telah siap di deko
Note: menggunakan real cake bukan dummy
Contoh cake topper, Little Girl Figurine yang akan dipelajari.
Fondant Figurine
PROMO: KELAS BASIC FONDANT CAKE PADA 7 OGOS 2010
Bersempena dengan pengenalan module baru ni, saya akan adakan kelas basic fondant cake pada 7 Ogos dengan fees RM220 sahaja! Dan pada yang pernah attend any classes with me, fees istimewa hanya RM200 sahaja! Terhad kepada 4 orang peserta sahaja.
Kami telah menyiapkan beberapa siri gambar untuk Ramadhan & Aidilfitri untuk pilihan anda.
Oh yer… bukan koleksi Aidilfitri sahaja yg ada diskaun yer, malah semua order akan kami kira sebagai RM16/sheet!! Cepat!! Jangan lepaskan peluang ini!!
*Note: Koleksi Aidilfitri yg ada dlm galeri kami (yg berbentuk bulat) bermakna ianya hanya datang dalam bentuk Round sahaja yer Tidak sah dengan lain-lain promosi/diskaun. Sah untuk semua jenis order (walau bukan tema raya )
Kami dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan kepada semua, Edibleprint@JB kini mula beroperasi. Seperti yang telah dijanjikan, kami akan memberi diskaun sebanyak RM1 untuk setiap sheet yang di order!!
Diskaun hanya untuk di Johor Bahru sahaja? Tidak!! Untuk seminggu mendatang, customer seluruh negara layak untuk menerima diskaun ini!!
Penting! Sah untuk order yang masuk dari 08 Julai 2010 sehingga 15 Julai 2010 sahaja tau!
Jangan lepaskan peluang anda!! Bagaimana untuk buat order?
Jadual Kelas Baking & Deco untuk bulan Julai telah diupdate. Berita baik! Sertai Package combo dan nikmati penjimatan yang menarik. More info layari http://bake-and-deco.blogspot.com/
Berikutan daripada info yang kerap tertinggal oleh customer atau info yang tidak menepati keperluan kami, kami terpaksa kembali kepada customer samada melalui email atau sms untuk bertanyakan tentang info-info yang tidak lengkap ini. Ini melambatkan proses order. Maka kami mengambil inisiatif dengan melakukan perubahan menyeluruh pada Ordering Form:
MAJOR CHANGES (Untuk pembahagian tugasan printing di lokasi terpilih; JB or KL)
Sebelum mengisi Ordering Form, customer akan ditanya terlebih dahulu berkenaan:
Location
Delivery Method
Kemudian, form yang bersesuaian dengan keperluan customer tersebut akan terbuka.
MINOR CHANGES (Untuk kami kumpul maklumat customer selengkap mungkin)
Pada setiap field yang hendak diisi terdapat info bagaimana untuk mengisi field tersebut.
Setiap ruang/field diwajibkan untuk diisi.
Penggunaan bahasa yang lebih mudah difahami (akan kami update secara berperingkat)
Perubahan daripada “Expected date to receive” kepada “Expected Date to Post” untuk mengelakkan masalah yang timbul selepas pos.
Tambahan field, samada mockup diperlukan atau tidak.
Tambahan ordering template pada form; Custom Template. Untuk pengguna yang mempunyai artwork mereka sendiri.
Page ini untuk memudahkan lagi pengguna untuk track record postage mereka. Setiap order yang telah dipos, akan kami catatkan tracking no di sini untuk memudahkan pengguna menjejaki status pos mereka.
Berikutan daripada polisi yang terlalu longgar, kami menghadapi beberapa kesulitan pada masa lepas. Demi kebaikan kedua-dua pihak, Edibleprint telah membuat keputusan untuk mewujudkan “Rush Order Charges” untuk setiap order yang dibuat terlalu lewat.
Berita baik untuk penduduk Johor!! Kami di dalam proses akhir sebelum melancarkan servis kami di Johor Bahru. Dengan pelancaran itu nanti, diharap dapat memudahkan all bakers di sana untuk mendapatkan edible image berkualiti tinggi kami War-warkan pada sedara mara di Singapore yang buat kek juga yer .
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi kami sempena pembukaan itu nanti