Bake your own cake, frost it and decorate with wonderful edible image! It’s easy, simple and beautiful!!
Kami atau merujuk kepada “saya” sebenarnya adalah seorang teruna…eh, suami dan bapa kepada seorang isteri dan 3 orang anak yang menjalankan perniagaan edible printing secara sambilan di rumah. Pekerjaan tetap adalah sebagai seorang pembangun multimedia di sebuah syarikat yang beribu pejabat di KLCC (cam novel la plak kan…).
Secara kasarnya, saya bekerja dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (kalo takde kerja urgent la…tp biasanya pukul 8.00 mlm baru balik). Dengan menaiki motor untuk pergi dan balik kerja mengambil masa 45min untuk sampai di Bangi dan sesampainya di rumah, setelah melayan karenah anak isteri, saya akan mula buat kerja2 edible printing daripada pukul 9.00 malam biasanya sehingga ke pukul 2.00 pagi (terkadang terbabas jugak ke pukul 3 atau 4 pagi). Dari selesainya kerja edible saya akan sambung dengan kerja opis atau freelance (biasa buat grafik utk web dan sebagainya untuk client).
Jadi, kesimpulannya… Masa bila mamat ni buat kerja2 ediblenyew??
Ketika waktu pejabat, apabila ada ruang untuk membalas e-mail, saya akan balas (ramai part-time bakers pun camni gak kan?…hehe). Waktu lunch biasanya saya akan turun sekejap untuk hantar edible pada customer yang order semalam di depan CIMB, KLCC ataupun di ruang legar Tower 1, KLCC. Seterusnya pergi buat posting untuk order yang memerlukan kami pos di Pejabat Pos KLCC.
Pukul 5.00 petang saya akan review semua sekali order untuk hari tersebut dan balas, edit dan buat semana yang mampu sehingga pukul 6 atau 7 malam.
Di rumah, biasanya kerja2 edible akan start pukul 10.00 mlm (kadang order byk, start la awal…sian bini tido sorang lak nnti..hehe). Masa ni la waktu puncak yang mana kadang2 mengejar customer yang masih lagi tak wat payment walaupun dalam order kata nak amik/post esok. Biasa selesai semua sekali (kalo takde masalah nak mintak customer buat payment, bg approval utk artwork yg perlu mockup dll) dlm pukul 2 – 3 pagi. Kemudian sambung pula dengan kerja2 opis. Sampai la pukul 5.00 pagi. Tido sekejap dan bangun Subuh. Selesai Subuh, samada tidur balik sampai pukul 7 pagi, atau sambung print edible yang perlu di print (kadang tak larat, malam cuma siapkan template2 yang perlu di print, pagi baru print).
Selesai semua sekali, siap ke tempat kerja….
Dan……begitulah sehari2… So, bagi sesiapa yang dah dapat clue on how kami beroperasi, sila2 lah mempermudahkan proses order yer.
Terkadang dalam kesibukan seharian menangani isu tempat kerja, isu di rumah, isu client freelance dan customer edible, tak semua dapat kami lakukan dengan sempurna. Walaubagaimanapun, kami akan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik utk para bakers sekalian… 😉